Majlis Daerah Betong merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang terawal ditubuhkan di Sarawak. Pada awalnya, ia dikenali sebagai Saribas Dayak Local Authority dan mula beroperasi pada 1 Januari 1948 dengan pejabat pertamanya menumpang di sebuah bangunan kerajaan di suatu tempat yang dikenali sebagai...
Struktur Organisasi
Struktur organisasi Majlis Daerah Betong adalah sejajar dengan tanggungjawab dan fungsi sesebuah majlis di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1996.
Majlis Daerah Betong mempunyai tujuh seksyen yang telah ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan dan melaksanakan pelbagai aktiviti buat masyarakat di kawasan seliaan.
Visi dan Strategi
Majlis Daerah Betong bekerjasama dengan komuniti untuk membimbing pertumbuhan dan pembangunan masa depan bandar Betong. Visi, misi beserta rancangan jangka masa panjang dan strategi lain sentiasa dikemaskini untuk kemajuan masa depan.
Siaran Akhbar, 21 July 2026
MAJLIS DAERAH BETONG MENERIMA ANUGERAH PENGHARGAAN KUTIPAN TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN TAHUN 2025 Kuching 2026 – Majlis Daerah Betong telah menerima Anugerah Penghargaan Kutipan Tunggakan Cukai Taksiran bagi Tahun 2025 sebagai pengiktirafan terhadap prestasi cemerlang dan komitmen berterusan dalam meningkatkan hasil kutipan cukai taksiran.Aungerah ini telah di umumkan semasa Hari Persidangan Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak 2026 yang diadakan di VOCO Kuching pada 16-17 Julai 2026. Pencapaian ini mencerminkan usaha bersepadu serta komitmen warga kerja Majlis Daerah Betong dalam melaksanakan pemantauan, pengurusan dan kutipan tunggakan cukai taksiran secara berkesan dan sistematik. Anugerah ini turut menjadi pemangkin kepada Majlis Daerah Betong untuk terus memperkukuh strategi kutipan hasil, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memastikan pengurusan kewangan dan hasil Majlis dilaksanakan secara cekap, telus dan berintegriti. Majlis Daerah Betong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga kerja terutamanya kepada Bahagian Penilaian dan Percukaian yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan usaha meningkatkan prestasi kutipan cukai taksiran. Tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja Majlis Daerah Betong atas pencapaian ini!
Siaran Akhbar, 11 August 2025
SERIAN: Pasukan Bola Jaring Wanita MADABE masih mengekalkan kejuaraan setelah menang 8 - 5 setelah mengalahkan pasukan Bola Jaring Wanita MD Sri Aman dalam perlawanan Akhir. Berkat kesungguhan telah membuahkan hasil dengan menjuarai acara Bola Jaring Wanita selama dua tahun berturut-turut.
Siaran Akhbar, 11 August 2025
SERIAN: MD Betong telah menghantar seramai 37 kakitangan diketuai oleh Encik Rajak bin Eman selaku Pengerusi Kelab MADABE telah terlibat dalam pelbagai acara yang dipertandingkan pada edisi Mini Karnival Sukan Zon Selatan bagi tahun 2025.
Siaran Akhbar, 23 April 2024
Galeri Gambar KUCHING 23 APRIL: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg led a delegation from Sarawak to visit Drax Power Station on Monday to gain insight into the operation of the biggest renewable power generation facility in the United Kingdom. In a posting on Sarawak Premier’s official Facebook page ‘Sarawakku’, Abang Johari said Sarawak is working towards adapting bioenergy technologies to enhance its renewable energy generation capability. He pointed out that the Drax facility, which had successfully transitioned from coal to biomass as a source of energy, serves as a model of sustainable energy practices for Sarawak. “There are many new things that we can learn here,” he said, noting Drax’s impressive output of approximately 3.9 gigawatts (GW), primarily from wood waste imported from Canada and the United States. He added that most importantly, Sarawak could benefit from understanding the technology used at Drax to convert biomass into energy. He also drew parallels between the old coal technologies previously used at Drax and the potential adaptations for Sarawak. “This is an old power plant that now uses biomass instead of coal. We could develop a new, more efficient power plant tailored to the availability of our local resources.” “We aim to produce renewable energy from the resources we have,” he elaborated. Owned and operated by Drax Power, a subsidiary of Drax Group, the plant located in Selby generates approximately 18 terawatt hours (TWh) of electricity a year, which accounts for six per cent of the UK’s total electricity supply. The four biomass-fired units of the plant provide 2.6GW, which constitutes approximately 12 per cent of the UK’s total renewable power supply, while the two remaining coal-fired units, capable of generating a total of 1.3GW, are planned to be replaced with two 1.8GW gas-fired combined-cycle units by 2025. Drax is also the second largest producer of sustainable biomass globally. As Sarawak looks to enhance its renewable energy capabilities, the insights gained from the Drax Power Station provide a valuable framework for developing energy solutions that are both sustainable and suited to the state’s unique geographic and economic landscape. The potential for utilising local biomass waste for energy aligns with global environmental goals and offers a pathway to energy self-sufficiency for Sarawak. The visit was also attended by Deputy Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Sarawak State Secretary Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, and Deputy Minister for Urban Planning, Land Administration, and Environment, Datuk Len Talif Salleh.
Siaran Akhbar, 18 March 2024
Galeri Gambar KUCHING, 18 MAC: Kontraktor Bumiputera Kelas C hingga E diingatkan agar menggunakan program kerajaan untuk meningkatkan prestasi masing-masing. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata mereka boleh mendaftar diri menyertai program anjuran kerajaan di pejabat residen berdekatan. Menurutnya selepas mendaftar, Pejabat Residen akan mengemukakan permohonan mereka kepada jawatankuasa khas di Pejabat Kewangan Negeri. "Ia akan diakses jika anda layak menyertai sesuatu program. Jika anda layak, latihan yang relevan akan diberikan. "Dan jika mendapat atau diberi mana-mana kontrak, bantuan kewangan akan diberikan termasuk peralatan-peralatan lain diperlukan. Anda seharusnya melaksanakan sendiri kontrak yang diberikan," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan geran daripadanya dan Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu dengan jumlah keselurahan RM414,800 kepada sebuah masjid, sembilan surau dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Spaoh semalam. Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata program seumpama itu merupakan langkah diambil kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi melahirkan kontraktor Bumiputera yang sebenar. Beliau menambah, program itu diumumkan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) November tahun lalu.
Siaran Akhbar, 18 March 2024
Galeri Gambar BETONG, 18 MAC: BETONG: Jangan pertikaikan keakraban dan ukhuwah setiap kaum di sini dalam membentuk perpaduan masyarakat yang saling membantu dalam merealisasikan apa juga program dan aktiviti bersama. Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu menyeru setiap kaum di negeri ini terus mengamalkan perpaduan kaum seperti yang wujud sejak sekian lama. "Tiada siapa dapat mempertikaikan keharmonian menjadi amalan masyarakat berbilang kaum di negeri ini terutama masyarakat kita di Betong ini yang mementingkan perpaduan. "Kita amat bertuah kerana ketiga-tiga kaum di sini sentiasa bersatu dalam apa juga penglibatan aktiviti dianjurkan lebih-lebih lagi pada musim perayaan. "Umpamanya penganjuran Bazar Ramadan Betong memberi impak positif kepada masyarakat setempat berniaga di mana pelanggan mereka bukan sahaja kalangan masyarakat Islam malah kaum-kaum lain turut mengambil kesempatan membeli juadah dijual tanpa khuatir," katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis ringkas penyampaian cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Fasa 1/2024 kepada Masjid, Surau dan JKKK Kampung Melayu di Dewan Al Husna Masjid Jamek Betong di sini semalam. Sebanyak enam kampung Melayu di sini menerima sumbangan dana untuk JKKK, masjid dan surau masing-masing termasuk Jawatankuasa Kebajikan Kampung Melayu Betong berjumlah keseluruhan RM140,000 menerusi dana MRP ADUN Layar itu. Rentap berkata, dengan adanya kerjasama dan semangat perpaduan kaum kerajaan dapat merencana pembangunan secara menyeluruh. "Jika tiada kerjasama daripada semua pihak, ia akan merencatkan kemajuan dan perancangan pembangunan dalam kawasan kampung kita di sini.
Siaran Akhbar, 12 March 2024
Galeri Gambar KUCHING, 12 MAC: KUCHING: Ketua kampung dan ketua kaum (KMKK) mempunyai kuasa penuh untuk melaporkan dengan segera sebarang salah laku oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan mereka, kata Datuk Abdullah Saidol. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) itu menggesa KMKK khususnya di kawasan luar bandar supaya peka sekiranya ADUN di kawasan masing-masing tidak menjalankan tanggungkawab diamanahkan. “Mereka (KMKK) boleh memaklumkan (kepada) Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak untuk menyiasat (sebarang) keputusan, tindakan atau tingkah laku ADUN,” kata Abdullah. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selesai melancarkan Jelajah Penerangan dan Penjelasan Isu-isu Semasa anjuran UKAS dan Pustaka Negeri Sarawak di sini hari ini. Abdullah juga menegaskan bahawa orang ramai mesti sedar akan hak mereka dalam melaporkan sebarang keraguan penjawat awam termasuk ADUN. “Bagaimanapun, jangan membuat aduan yang didorong emosi, berunsur fitnah dan seumpamanya. Ini boleh menjejaskan reputasi individu yang disasarkan. “Jika ingin membuat aduan, pastikan fakta (dikemukakan) adalah tepat dan bukannya hasil syakwasangka mahupun fitnah yang tidak berasas,” tegas Abdullah. Beliau menambah, kerajaan negeri memperkenalkan undang-undang ombudsman susulan 70 peratus daripada RM12 bilion diperuntukkan untuk pembangunan fizikal dan infrastruktur. “Pembangunan ini sudah semestinya akan melibatkan pelbagai agensi, badan pelaksana dan kontraktor. “Justeru, bagi mengelakkan salah laku dan memastikan peruntukan ini digunakan sepenuhnya untuk pembangunan, saya rasa amat adil dan bijak bagi kerajaan memperkenalkan undang-undang ombudsman untuk menjaga integriti, ketelusan dan akauntabiliti,” katanya. Beliau juga berhadap menerusi undang-undang tersebut, tiada lagi berlaku penyalahgunaan kuasa dan pengaruh. ”Baru-baru ini kita mendengar mengenai kes seorang pegawai kerajaan yang dituduh menyalahgunakan wang jabatan berjumlah RM10 hingga 15 juta sedangkan ia sepatutnya diagihkan kepada rakyat. Kita tidak mahu perkara ini berlaku. “Kita (juga) tidak menyalahkan orang ramai yang mempunyai persepsi negatif terhadap ahli politik kerana kita tahu ada wakil rakyat berperangai agak tidak baik. ”Malah, ada juga wakil rakyat jujur dan ikhlas menjalankan tugas dengan tekun tetapi menjadi mangsa akibat rakan sekerja yang tidak bertanggungjawab,” keluhnya. Tarikh penguatkuasaan bagi undang-undang ombudsman masih belum dapat dipastikan dengan unit itu masih dalam proses pemuktamadan. "Namun ini tidak mengecualikan sesiapa daripada memfailkan aduan. Masyarakat masih boleh membuat aduan dengan Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak, termasuk pegawai daripada SPRM yang ditugaskan di sana," kata Abdullah.
Siaran Akhbar, 01 September 2022
BETONG: Tiada bayaran dikenakan kepada semua penjaja dan peniaga di Pasar Tamu Betong yang baharu hingga penghujung tahun ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu memberitahu, pengoperasian Pasar Tamu Betong baharu sejak seminggu lalu merancakkan perancangan pembangunan serta kemudahan yang lebih teratur untuk masyarakat di Betong. “Dengan adanya pusat penjaja baharu ini, diharapkan para penjaja akan menikmati kemudahan dan menambah hasil jualan masing-masing untuk dipasarkan dan tidak lagi bergelut dengan masalah tapak jualan yang tidak teratur. “Pada masa yang sama pengunjung juga lebih selesa untuk berurusan dengan penjaja bagi mendapatkan keperluan harian masing-masing,” katanya semasa program turun padang di Pasar Tamu Betong dekat sini, kelmarin. Turut sama ialah Pegawai Daerah Betong Sofhi Kenal, Setiausaha Majlis Daerah Betong Charlie Keling dan ahli Majlis Daerah Betong. Rentap turut berkesempatan menyantuni dan beramah mesra dengan para peniaga, penjaja dan pengunjung serta mendengar permasalahan yang dibangkitkan mereka. “Kita telah mendengar beberapa isu dan masalah yang telah diketengahkan penjaja. “Oleh itu kita akan berbincang dan mengambil maklum akan isu-isu yang dibangkitkan ini untuk kita sama-sama selesaikan secara lebih teratur demi memberi kepuasan kepada semua pihak. “Bagaimanapun kita akan sentiasa berusaha menyediakan kemudahan kepada semua rakyat di sini,” ujarnya. “Untuk pengetahuan juga, pihak majlis tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada semua penjaja hingga penghujung tahun ini. “Pada masa yang sama kita akan memastikan penambahbaikan yang lebih memberi keselesaan kepada semua pihak,” tambahnya. Pengoperasian Pasar Tamu Betong yang baru sahaja berpindah dari lokasi lama sejak 1 Ogos lalu berjaya mengumpul sekitar 150 penjaja pada hari biasa dengan jumlah 96 peniaga di dalam bangunan dan selebihnya beroperasi menggunakan kanopi di luar bangunan. Majlis Daerah Betong (MDB) juga memaklumkan bahawa pada hujung minggu, jumlah peniaga dan penjaja ini akan bertambah sehingga mencecah 200 orang. Sementara itu, tinjauan Utusan Borneo mendapati pematuhan prosedur ope-rasi standard (SOP) yang berkuat kuasa seperti yang telah digariskan MDB se-perti kaunter saringan dan pendaftaran pengunjung di pintu masuk sama ada secara bertulis ataupun menggunakan aplikasi My-Sejahtera. Pada masa yang sama, kehadiran Rentap dilihat begitu disenangi masyarakat sekitar walaupun dilakukan dalam norma baharu penjarakan fizikal satu meter dan tanpa amalan bersalaman yang masih tampak janggal. Para pengunjung atau pe-niaga dan penjaja yang ditemui turut menyatakan suasana di Pasar Tamu Betong yang baharu ini memberikan keselesaan dengan ruang lebih luas, pengudaraan lebih baik dan mampu menempatkan lebih ramai peniaga berbanding pasar tamu lama. Sumber: Utusan Borneo
Siaran Akhbar, 01 March 2018
Penjawat awam harus bersifat amanah, telus, bertanggungjawab BETONG: Sifat amanah, telus, bertanggungjawab dan berhemah tinggi dalam kalangan penjawat awam dituntut bagi mengelak terjerumus dalam gejala rasuah. Pegawai Daerah Betong Sofhi Jebal berkata, perkhidmatan berkualiti yang ditunjukkan penjawat awam dalam tugas harian memberi impak positif kepada seluruh agensi. “Integriti dan etika dalam pekerjaan, selain sikap toleransi yang tinggi memainkan peranan penting untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan. “Bukan sekadar melibatkan kepentingan individu untuk menyediakan keperluan diri, malah melibatkan tindakan baik dalam pekerjaan dan etika kerja yang wajib dipatuhi semua kakitangan awam,” katanya. Belia berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Majlis Daerah Betong di pejabat Majlis Daerah Betong (MDB) di sini, kelmarin. Sofhi yang juga pengerusi MDB menegaskan bahawa banyak kepentingan diri yang wajib dilaksanakan dengan tindakan jujur dan amanah bagi mengelakkan penyelewengan dalam urusan bersama pelanggan terutama masyarakat sekeliling. “Mempertahankan prinsip serta keyakinan diri dapat menjamin perkhidmatan berkualiti, sekali gus melahirkan individu yang bebas rasuah dan tegas dalam segala urusan,” tambahnya. Seramai 31 ahli MDB dan 59 kakitangan MDB menyertai lafaz Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai Sofhi. Turut diadakan majlis menandatangani surat perjanjian bebas rasuah di hadapan pegawai SPRM. Hadir sama Timbalan Pengerusi MDB Kaunselor Mohammad Rajuna Omar, Setiausaha MDB Charlie Keling, Penguasa Kanan SPRM Sibu Rasimah Asdari dan Penolong Kanan Penguasa SPRM Badli Shah Shamin serta ahli MDB. Sumber: Utusan Sarawak
Siaran Akhbar, 01 September 2022
Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik Dengan Kerjasama Majlis Daerah Betong BETONG: Sebanyak 11.2 metrik tan barangan buangan elektrik dan elektronik berjaya dikumpul dan dikitar semula menerusi Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (BEE) 2022 di Betong. Menurut jurucakap Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, ia telah menjadikan jumlah terkumpul sepanjang 2022 adalah berjumlah 149.9 tan metrik (MT) di Sarawak.
Siaran Akhbar, 02 March 2026
Tahukah anda? Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000. Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit. Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan. Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia atau akses pautan berikut:- 1. Pengenalan BE2026 2. Pelaksanaan Operasi BE2026 3. Objektif BE2026
Siaran Akhbar, 06 February 2026
Tarikh Pembayaran Bil Cukai Taksiran / Cukai Pintu 2026 Pertengahan Tahun Pertama : 31 Mei 2026 Pertengahan Tahun Kedua : 31 Oktober 2026 Akhir Tahun : 31 Oktober 2026
Siaran Akhbar, 06 February 2026
Tujuan Cukai Taksiran PBT Sarawak https://drive.google.com/file/d/1sqUx3gGgsHS7Ftw5RBaF8UftXcL3QKZs/view?usp=drivesdk