Perutusan Pengerusi


 

Salam sejahtera,

Kepada pelawat-pelawat Laman Web Rasmi Majlis Daerah Betong, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke Laman Web Rasmi Majlis Daerah Betong.

Kami di Majlis Daerah Betong sentiasa mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan dari pengunjung Laman Web ini bagi menjayakan visi organisasi dan merialisasikan pembangunan ICT dalam membentuk sebuah PBT yang mampu memberi kepuasan dan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pihak khususnya komuniti di Betong. 

Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab bagi memenuhi kehendak pelanggan terutamanya pembayar cukai, Majlis Daerah Betong sedaya mungkin berusaha menyalurkan maklumat terbaik berkaitan fungsi, aktiviti, kemudahan, perkhidmatan, pembangunan serta informasi pengurusan lain yang berkenaan. Kepuasan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan adalah fokus utama Majlis Daerah Betong dan Laman Web ini dilihat menjadi medium perantara ke arah mempertingkatkannya.

Disamping itu, hasrat kerajaan yang menekankan servis bermatlamatkan pelanggan melalui penetapan pelbagai saluran perkhidmatan, penggunaan infrastruktur dan pengaplikasian ICT digemblengkan sebagai usaha berterusan pihak Kerajaan untuk digapai. Majlis Daerah Betong tidak terkecuali dan Laman Web ini adalah sebagai salah satu fasiliti bagi menyahut seruan Kerajaan tersebut.

Akhir sekali saya berharap kewujudan Laman Web ini akan dapat memenuhi fungsinya sebagai sumber rujukan dan ilmu berguna kepada masyarakat dalam dan luar negeri ini pada masa hadapan.

Sekian.

 

"BERSATU  BERUSAHA  BERBAKTI"

"AN HONOR TO SERVE"

 

YB DATO DR. RICHARD RAPU @ AMAN ANAK BEGRI
PENGERUSI MAJLIS
MAJLIS DAERAH BETONG