Bukit Sadok
Ketinggian Bukit Sadok adalah 831 meter atau 2,726 kaki dari aras laut. Bukit ini juga dikenali dengan ketinggian 3000 kaki, dan mempunyai nilai sejarah yang penting sebagai kubu pertahanan Rentap, pahlawan Iban, menentang kerajaan Brooke. Di puncak Bukit Sadok ini terdapat replika Meriam Bujang Timpang Berang. Meriam tersebut telah digunakan oleh Rentap untuk menentang penjajah yang diketuai oleh Charles Brooke. Meriam asal ini telah diletakkan di bangunan Pejabat Daerah Betong di Bukit Bangun.
Muktahir ini, Kubu Rentap yang terletak di Bukit Sadok akan dibina sebagai tanda peringatan Pahlawan Rentap.
Lokasi
Gambar Arkib 2013
Gambar Kemaskini 2021