Latar Belakang Betong


Betong mendapat nama atas persetujuan bersama kaum Iban dan kaum Melayu ketika itu kerana di kawasan tersebut ditumbuhi oleh sejenis buluh yang dikenali dengan nama buluh Betong. 

Bahagian Betong dibentuk pada 26 Mac 2002 dan merupakan bahagian pentadbiran yang ke-11 dan terbaru daripada 11 bahagian pentadbiran di Sarawak. Sebelumnya Betong merupakan sebahagian daripada Bahagian Sri Aman.

Betong terletak di kawasan Saribas. Ia mempunyai keluasan 4,1808.8 kilometer persegi. Bahagian Betong terdiri daripada dua daerah pentadbiran iaitu Betong dan Saratok. Jumlah penduduk bahagian ini seramai 99,800 orang. Penduduknya terdiri daripada pelbagai budaya dengan majoriti Iban bercampur mesra dengan Melayu dan Cina.