Faq


Q :       Apakah fungsi utama Majlis Daerah Betong?

 

A :       Fungsi utama Majlis Daerah Betong ialah memberi perkhidmatan yang

           cekap,berkesan dan yang berhemah tinggi kepada orang ramai.

 

Q :       Saya ingin menghubungi Majlis Daerah Betong, bagaimanakah caranya?

 

A :        Anda boleh menghubungi kami di talian 083-472701,472702 & 472703, fax

            083-472192 atau email ke betongdc@gmail.com.

 

Q :       Saya ingin memohon Lesen Kedai Runcit, bagaimanakah caranya?

 

A :        Anda boleh pergi ke Bahagian Kesihatan Awam untuk mendapatkan Borang Permohonan
            Lesen Perniagaan.

 

Q :       Apakah itu Cukai Taksiran?

 

A :        Cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis.

 

Q :       Kenapa perlu membayar Cukai Taksiran?

 

A :        Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan dan tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat.