Sejarah Majlis Daerah Betong
Majlis Daerah Betong merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang terawal ditubuhkan di Sarawak. Pada awalnya, ia dikenali sebagai Saribas Dayak Local Authority dan mula beroperasi pada 1 Januari 1948 dengan pejabat pertamanya menumpang di sebuah bangunan kerajaan di suatu tempat yang dikenali sebagai...
Struktur Organisasi
Struktur organisasi Majlis Daerah Betong adalah sejajar dengan tanggungjawab dan fungsi sesebuah majlis di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1996.
Majlis Daerah Betong mempunyai tujuh seksyen yang telah ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan dan melaksanakan pelbagai aktiviti buat masyarakat di kawasan seliaan.
Visi dan Strategi
Majlis Daerah Betong bekerjasama dengan komuniti untuk membimbing pertumbuhan dan pembangunan masa depan bandar Betong. Visi, misi beserta rancangan jangka masa panjang dan strategi lain sentiasa dikemaskini untuk kemajuan masa depan.
Press Release, 15 April 2021
SOURCE LINK KUCHING (April 15): It may sound ridiculous some 30 years ago for anyone to suggest building an airport in the middle of nowhere, like in the Betong Division, but with the potential the place has, it is now a necessity to bring its agricultural produce to a wider market, including overseas.
Press Release, 12 May 2021
Projek ngangkat ka pemanah pasar Betong ti benung dipejalai ka diatu dipelaba deka mai pemanah ngagai arus pemansang ba sitak nya. Pemayoh tubuh orang ke nguan sitak nya mega udah nambah, lalu beguna ka palan bedagang ti besai agi. Kena napi peminta bala pemeli barang. Sumber: Berita RTM YT Channel
Press Release, 22 March 2022
KUCHING (March 6): The new RM14 million Spaoh Sports Complex is expected to be ready by the end of this month, said Deputy Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas. SOURCE LINK
Press Release, 18 July 2020
BETONG: Usaha menjadikan daerah Betong sebagai majlis perbandaran dijangka dapat direalisasikan menjelang tahun 2030, sejajar pembangunan pesat daerah berkenaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Gerald Rentap Jabu berkata untuk ke arah itu, daerah Betong perlu bersedia menjelang tahun 2030 dengan Majlis Daerah Betong (MDB), menjadi Majlis Perbandaran Betong Beliau berkata setakat ini daerah Betong yang merangkumi daerah kecil Spaoh, daerah kecil Debak, daerah kecil Pusa dan daerah kecil Maludam, itu mempunyai seramai hampir 70,000 penduduk hanya berstatus Majlis Daerah. “Bagi mencapai status Majlis Perbandaran, daerah ini perlu mempunyai seramai 150,000 penduduk dan sasaran itu mampu dicapai menjelang tahun 2030. “Saya yakin, menjelang tahun 2030, daerah ini mampu bertukar status Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran dengan pertambahan penduduk berikutan banyaknya projek perumahan baharu, mempelawa kemasukan kampus universiti, produk pelancongan, perniagaan, perhotelan serta membawa masuk pelabur asing ke daerah ini, sekaligus menambah banyak peluang pekerjaan kepada penduduk,” katanya pada Mesyuarat Penuh Kedua Ahli-Ahli Majlis MDB dekat sini semalam. Menjelas lanjut, Rentap berkata pertambahan penduduk turut dapat meningkatkan hasil pendapatan Majlis Daerah itu, dan untuk mendapat status Majlis Perbandaran hasil yang diperlukan adalah sebanyak RM20 juta setahun. “Aspirasi kita untuk menjadikan Majlis Perbandaran Betong menjelang tahun 2030, akan menjadi kenyataan jika usaha menyeluruh dilakukan daripada semua pihak bermula daripada rakyat, wakil-wakil rakyat, agensi-agensi, termasuk badan- badan korporat yang memajukan daerah ini dari segi pertambahan dan pembangunan infrastruktur,” ujarnya. Rentap menambah, antara kelebihan apabila Betong dinaik taraf menjadi majlis perbandaran ialah pentadbirannya akan menjadi lebih cekap dan berkesan kerana keputusan boleh dibuat dengan pantas. Sumber: Utusan Sarawak
Press Release, 01 March 2018
Penjawat awam harus bersifat amanah, telus, bertanggungjawab BETONG: Sifat amanah, telus, bertanggungjawab dan berhemah tinggi dalam kalangan penjawat awam dituntut bagi mengelak terjerumus dalam gejala rasuah. Pegawai Daerah Betong Sofhi Jebal berkata, perkhidmatan berkualiti yang ditunjukkan penjawat awam dalam tugas harian memberi impak positif kepada seluruh agensi. “Integriti dan etika dalam pekerjaan, selain sikap toleransi yang tinggi memainkan peranan penting untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan. “Bukan sekadar melibatkan kepentingan individu untuk menyediakan keperluan diri, malah melibatkan tindakan baik dalam pekerjaan dan etika kerja yang wajib dipatuhi semua kakitangan awam,” katanya. Belia berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Majlis Daerah Betong di pejabat Majlis Daerah Betong (MDB) di sini, kelmarin. Sofhi yang juga pengerusi MDB menegaskan bahawa banyak kepentingan diri yang wajib dilaksanakan dengan tindakan jujur dan amanah bagi mengelakkan penyelewengan dalam urusan bersama pelanggan terutama masyarakat sekeliling. “Mempertahankan prinsip serta keyakinan diri dapat menjamin perkhidmatan berkualiti, sekali gus melahirkan individu yang bebas rasuah dan tegas dalam segala urusan,” tambahnya. Seramai 31 ahli MDB dan 59 kakitangan MDB menyertai lafaz Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai Sofhi. Turut diadakan majlis menandatangani surat perjanjian bebas rasuah di hadapan pegawai SPRM. Hadir sama Timbalan Pengerusi MDB Kaunselor Mohammad Rajuna Omar, Setiausaha MDB Charlie Keling, Penguasa Kanan SPRM Sibu Rasimah Asdari dan Penolong Kanan Penguasa SPRM Badli Shah Shamin serta ahli MDB. Sumber: Utusan Sarawak
Press Release, 10 January 2021
BETONG: Gabungan dua ahli Majlis Daerah Betong (MDB) bakal menjadi peneraju dalam badan induk Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) bagi tempoh akan datang. Presidennya, Abang Soehardie Abang Zaini berkata pentadbiran BDFA perlu pengganti Timbalan Presiden setelah jawatan sama diduduki Diana Michael Gawan dalam pemilihan lalu mengundur diri berikutan kekangan kerja. Katanya, pemilihan Horace Entoi merupakan penambahbaikan pentadbiran seterusnya melengkapkan organisasi persatuan menjadi harapan BDFA terus maju ke hadapan. "Semua ahli bersetuju dan menerima pelantikan Horace memegang jawatan itu tanpa pengundian pemilihan. "Saya percaya dengan pengalaman dan kesungguhan kepimpinan beliau boleh menjadi rujukan dengan idea-idea baharu membawa pengurusan BDFA disegani peringkat lebih tinggi," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung keputusan Mesyuarat BDFA Sesi 1/2021 berlangsung di sini kelmarin. Tambahnya, banyak program dirancang dan dianjurkan BDFA setelah sepanjang 2020 tidak dapat melaksanakan aktiviti. "Bagaimanapun, kita terpaksa akur dengan keadaan semasa memaksa kita menangguhkan semua aktiviti. "Apapun perancangan awal aktiviti 2021 masih ditangguh dan menunggu keputusan kerajaan mengenai pandemik COVID-19," jelasnya. Menurutnya, mesyuarat juga menyentuh berhubung persiapan kejohanan Liga Betong dan Piala Timbalan Ketua Menteri (TKM). Katanya, BDFA juga mengambil kira kedudukan kewangan persatuan bagi melicinkan pelaksanaan pelbagai program. "Kita mengadakan perbincangan bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebelum menentukan tarikh pelaksanaan dalam masa terdekat," katanya. Sumber: Utusan Borneo
Press Release, 07 April 2016
BETONG: Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang memberitahu bahawa pembukaan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Betong bakal memberi kemudahan dan manfaat kepada penduduk luar bandar melibatkan perkhidmatan agensi kerajaan. Menurutnya, RTC Betong yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 April nanti merupakan RTC kedua di negeri ini selepas Bekenu. “Ia merupakan hasil usaha kerajaan negeri dan kerajaan pusat berkonsepkan satu hentian pelbagai perkhidmatan termasuk menyediakan banyak perkhidmatan di bawah kaunter agensi utama melibatkan Majlis Daerah Betong (MDB), Jabatan Imigresen, Klinik Pergigian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Betong, Borneo Mart, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Bank Rakyat dan Agrobank,” katanya. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Persiapan Pembukaan Rasmi RTC Betong dekat sini, kelmarin. Katanya, sementara itu di bawah kaunter pelbagai agensi pula turut melibatkan agensi seperti MDB, Pejabat Residen Bahagian Betong, Pejabat Daerah Betong, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Betong, Jabatan Pertanian Bahagian Betong, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Betong, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Betong, Lembaga Lada Malaysia (MPB) Cawangan Betong, Pejabat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) Bahagian Betong dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Betong,” katanya. Tambahnya, selain RTC Bekenu dan Betong, terdapat juga Pusat Transformasi Bandar (UTC) diwujudkan di bandar utama seperti di Kuching, Miri dan Sibu. “Dibina di lokasi yang begitu strategik, terletak di kawasan berhampiran Lebuh Raya Pan Borneo, RTC Betong yang menelan kos RM8 juta dijangka siap sepenuhnya 7 April ini. “Lokasinya amat strategik kerana di sekitarnya terdapat kawasan hentian rehat, stesen minyak, sekolah dan pelbagai lagi. “Ini membuktikan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memastikan kemudahan untuk rakyat disediakan dengan lebih sempurna dan memudahkan urusan harian mereka. “Pada masa sama saya berterima kasih kepada kerajaan yang mempunyai pendekatan begitu baik dan tersusun, munasabah dalam meringankan beban rakyat secara keseluruhannya di bandar, lebih-lebih lagi di luar bandar,” ujarnya. Sumber: The Borneo Post
Press Release, 01 September 2022
Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik Dengan Kerjasama Majlis Daerah Betong BETONG: Sebanyak 11.2 metrik tan barangan buangan elektrik dan elektronik berjaya dikumpul dan dikitar semula menerusi Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (BEE) 2022 di Betong. Menurut jurucakap Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, ia telah menjadikan jumlah terkumpul sepanjang 2022 adalah berjumlah 149.9 tan metrik (MT) di Sarawak.
Press Release, 14 November 2022
BETONG: Golongan belia khususnya dikawasan pekan Spaoh, Betong kini tidak perlu memikir untuk tempat beriadah mahupun bersukan. Apakan tidaknya, pekan yang masih mengekal latar belakang perkampungan tradisi mempunyai tempat khusus bagi kedua-dua tujuan tersebut. Kompleks Sukan Spaoh dan Riverfront Spaoh yang merupakan hadiah amat betharga kepada masyarakat di kawasan berkenaan daripada Kerajaan Sarawak. “Pastinya memberi keterujaan kepada masyarakat terutama kampung-kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban dengan adanya dua mercu tanda kemudahan tersebut. “Inj kerana akan dapat memberi keselesaan kepada mereka yang mahu melakukan atau menganjurkan aktiviti riadah dan sukan,” kata Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Saban, Kaunselar Abang Suhordie Abang Zaini ketika ditemui Suara Sarawak. Menurut Abang Suhordie, beliau percaya besar manfaat kepada masyarakat setempat dengan tersedia kemudahan tersebut. “Apa yang paling jelas, tiada masalah untuk penganjuran aktiviti sukan sama ada dengan skala kecil mahupun besar selepas ini. “Malah, tidak mustahil kawasan DUN Bukit Saban mampu menjadi antara kawasan di negeri ini dalam melahirkan jaguh sukan yang baharu pada masa akan datang,” tambah beliau. Sambil itu, Abang Suhordie menegaskan pusat riadah terbaru (Riverfont Spaoh) sepanjang 115 meter itu yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk setempat. “Sejak ianya dapat digunakan, banyak aktiviti riadah telah dianjurkan sehingga ke hari ini,” jelas beliau lagi. Sambil itu, beliau mengakui apabila Kompleks Sukan Spaoh dapat digunakan sepenuhnya kelak dapat menyaksikan pembangunan sukan dengan lebih komprehensif. Sumber: Sarawak Voice
Press Release, 27 April 2023
Galeri Gambar BETONG, 6 April: Seramai 32 Ahli Majlis termasuk 10 muka baharu mengangkat sumpah sebagai Ahli-ahli Majlis Daerah Betong (MDB) bagi tempoh bermula 1 April 2023 sehingga 1 Mac 2025. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggas Embas dalam majlis itu mengingatkan Ahli Majlis MDB bahawa mereka memainkan peranan penting bukan sahaja untuk Betong tetapi juga memikul tanggujawab menjayakan Sarawak Post Covid-19 Development Strategy 2030 (PCDS 2030) supaya Betong dapat lebih maju dan rakyatnya berpendapatan tinggi. Majlis kemudian turut menyaksikan penyerahan sijil kepada mantan Ahli-ahli Majlis MDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu, Ahli Parlimen P204 Betong, Dr Richard Rapu, Residen Betong En.Richard Michael Abunawas dan Setiausaha MDB En. Charlie Keling. Berikut adalah senarai nama Ahli-Ahli Majlis Daerah Betong:- Pegawai Daerah Betong dan Merangkap Pengerusi Majlis Daerah Betong En. Alfred Geling Anak Ason Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Betong En. Horace Anak Entoi Ahli-Ahli Majlis Uching Anak Tarang Syirat Bin Uneh Ismail @ Drahman Bin Kadir Ahmad Bin Pandoi Abdul Kadir Mentarang Alipnor Bin Bujnag Suib Bin Pa'aie Romula Saging Anak Bachan Annely Bejie Anak Diggat Tabari @ Saluma Anak Megong Jantie Anak Miai Abang Suhordie Bin Abanv Zain Tuing Anak Gumba Robert Keppel Pengiran Bakir Anak Henry Ganja Gumbang Anak Goh Masing Anak Birai Abang Akral Bin Abang Laduni Rasli @ Rosli Bin Uji Bilong Abak Legom Abdul Rahim Bin Jaini Own Chen Chiung Law Khong Ling Sim Poh Heng Goh Yiaw Long Sebastian Rengian Tik Anak Lakin Spencer Langkan Mauh Anak Augustine Mathew Igoh Anak Lingkong