Bahagian Kejuruteraan


Bahagian Kejuruteraan adalah bahagian yang bertanggungjawab dalam melaksanakan projek-projek penyediaan infrastruktur dan kemudahan di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Daerah Betong bagi memastikan tahap kehidupan penduduk setempat lebih berkualiti dengan pembangunan prasarana yang lengkap. Bahagian ini bertanggungjawab dalam meluluskan pelan kejuruteraan dan bangunan bagi memastikan semua bangunan yang didirikan berkeadaan selamat dan berkualiti.

 

Pengurusan Projek

  1. Menguruskan projek-projek pembangunan yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Majlis.
  2. Menguruskan perolehan melalui proses cabut undi, tender atau sebutharga bagi projek-projek pembangunan.

 

Pengurusan Kemudahan Awam & Landskap

  1. Menyelenggara kemudahan awam dan mengawalselia kerja-kerja infrastruktur.
  2. Mengurus sewaan dewan masyarakat dan fasiliti sukan.
  3. Menyediakan, menyelenggara, meningkatkan, membangun dan mengindahkan kawasan dengan kerja-kerja landskap di kawasan jagaan majlis.
  4. Mengurus dan menaiktaraf kawasan landskap.
  5. Membangunkan taman awam yang baru, kawasan lapang, taman-taman rekreasi dan kawasan landskap.
  6. Mengurus tapak semaian majlis.

 

Kawalan Pembangunan – Mengikut Ordinan Bangunan 1994 (Sarawak)

  1. Memproses pelan-pelan kejuruteraan dan bangunan; termasuk kerja-kerja sivil dan struktur.
  2. Mengawal selia proses permohonan kelulusan pelan bangunan.
  3. Mengawal pembangunan oleh agensi kerajaan dan swasta.
  4. Menguruskan permit penutupan pembangunan, pengorekan jalan dan bahan binaan.

 

Perancangan Pembangunan & Penyelenggaraan

  1. Merancang insfrastuktur dan kemudahan awam.
  2. Merancang penyelanggaraan, pembaikan jalan, perparitan dan infrastruktur.
  3. Menyelenggara perabot jalan papan tanda lalulintas di bawah seliaan Majlis Daerah Betong.