Kubu Lily


Kubu Lily telah dibina pada tahun 1885, sebaik sahaja kawasan Saribas dipindahkan kepada Pemerintahan Sarawak. Bumbung asal dua lapis dibuat daripada daun palma, bumbung sirap kayunya dibuat kemudian. Semasa serangan hebat yang dilakukan oleh Pahlawan Iban yang bernama Rentap terhadap Rajah Brooke, Kubu Lily menjadi tempat pertahanan yang kukuh. Selepas itu, kubu ini digunakan sebagai balai polis dan pejabat kerajaan.


Pada masa kini, Kubu Lily telah dibaikpulih dan dibuka untuk lawatan umum pada waktu berikut:

Selasa - Jumaat     9.00 Pagi - 4.45 Petang

Sabtu - Ahad         10.00 Pagi - 4.00 Petang

Ditutup pada hari Isnin dan cuti umum.

 

Gambar Arkib Tahun 2013

 

Naiktaraf telah dilaksanakan pada tahun 2020 oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak dan diserahkan hak milik kepada Jabatan Muzium Sarawak