Makna Logo MDB


                                     Picture


Logo Majlis Daerah Betong berlandaskan warna biru dan kuning sebagai warna utama yang dipisahkan oleh jalur hijau di tengah logo.

Warna Biru

Melambangkan keadilan pentadbiran atau pengurusan majlis.

Warna Kuning

Mencerminkan keharmonian masyarakat majmuk di daerah Betong.

Jalur Hijau

Membawa erti kegiatan ekonomi masyarakat Betong lebih tertumpu kepada sektor pertanian.

Burung Kenyalang Terpapang Megah

Membuktikan Majlis Daerah Betong merupakan salah satu pihak berkuasa tempatan di bawah naungan kerajaan Negeri Sarawak.

Reben Berjalur Tiga Warna Berbeza

Memaparkan tiga batang sungai utama, iaitu Batang Layar, Batang Paku dan Batang Rimbas yang menjadi jalan air utama masyarakat Betong.

Berdiri Megah Bukit Sadok

Memahat sejarah penuh makna perjuangan peribumi Betong mempertahankan tanah pusaka daripada penjajah.

Skroll Warna Putih Tertulis "Bersatu Daerah Maju"

Moto Majlis Daerah Betong yang melambangkan pentadbiran atau pengurusan majlis yang sempurna dan adil berteraskan moto majlis menuju ke arah kecemerlangan.