11.2 Tan Metrik Bahan Buangan Dikumpul

Posted on 01 Sep 2022
Source of News: Utusan Sarawak

Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik Dengan Kerjasama Majlis Daerah Betong

BETONG: Sebanyak 11.2 metrik tan barangan buangan elektrik dan elektronik berjaya dikumpul dan dikitar semula menerusi Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (BEE) 2022 di Betong.

Menurut jurucakap Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, ia telah menjadikan jumlah terkumpul sepanjang 2022 adalah berjumlah 149.9 tan metrik (MT) di Sarawak.