● |
Permohonan pelan bangunan yang lengkap akan diproses dan dikemukakan kepada agensi luar / seksyen dalaman yang berkaitan untuk ulasan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
|
● |
Pelan bangunan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Majlis dalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari bekerja selepas mendapat kelulusan dari semua agensi yang berkaitan untuk kelulusan.
|
● |
"Occupation Permit" hendaklah dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas penerimaan Borang F.
|
● |
100% jumlah projek pembangunan yang diluluskan siap dilaksanakan dalam tahun semasa.
|
● |
Merancang program dan aktiviti perpustakaan secara tahunan dan dilaksanakan 100% pada tahun semasa.
|
● |
Mengambil tindakan susulan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja ke atas setiap kesalahan / pelanggaran undang-undang.
|
● |
Melaksanakan program pembangunan komuniti bersama penduduk / badan bukan kerajaan mengikut jadual yang dirancang dan dapat dilaksanakan 100% dalam tahun semasa.
|
● |
Sampah domestik dikutip sekurang-kurangnya dua (2) kali seminggu dan mengikut jadual kutipan yang ditetapkan oleh Majlis.
|
● |
Permohonan lesen yang lengkap diproses dan diluluskan dalam tempoh 90 hari bekerja.
|
● |
Semua bil cukai tafsiran dihantar tiga (3) bulan sebelum tarikh akhir pembayaran yang diwartakan.
|
● |
Memberi respon kepada pengadu dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dan status pelaksanaan tindakan ke atas aduan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima. |
● |
|
● |
|
● |
|