Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
slide_596d591d66af0.jpgslide_58c69bc5b28a0.jpgslide_58b7de16581ed.jpgslide_58b59a7cb775c.jpgslide_5464335cbd87f.jpg

Kemaskini Pada: 11 Dis 2017
Versi 8.0.2c
Perutusan SetiausahaPerutusan Setiausaha

 

Setiausaha

 

Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat datang ke laman web Majlis Daerah Betong (MDB).

Penggunaan internet untuk urusan seharian dan sebagai wadah untuk mendapatkan informasi merupakan suatu kebiasaan, sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi dan kemajuan perkhidmatan jalur lebar. Mendepani realiti komunikasi masa kini, MDB komited untuk menyediakan laman web yang mesra pengguna dengan kemudahan perkhidmatan atas talian yang cekap dan berkesan bagi memenuhi tuntutan semasa serta merakyatkan perkhidmatan awam.

Manifestasi kepada kesungguhan MDB memberikan perkhidmatan atas talian terbaik, laman web ini telah diberikan Penarafan Lima Bintang menerusi penilaian Malaysian Government Portals And  Websites Assesment (MGPWA) oleh Multimedia Development Corporation(MDeC). Namun begitu, saya beserta seluruh warga kerja MDB akan terus melakukan penambahbaikkan demi mencapai kecemerlangan berterusan.

Terima kasih juga ditujukan kepada pengunjung-pengunjung yang sentiasa memberikan idea-idea bernas yang menjadi panduan untuk kami memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan ke tahap yang lebih cemerlang sepertimana yang dihasratkan oleh kerajaan Malaysia

Seperti aur dan juga tebing, saya berharap agar MDB dapat menjalin kerjasama erat dengan masyarakat, khususnya warga Betong, menerusi maklumbalas dan respon membina demi kemajuan dan kesejahteraan bandar yang kita cintai ini. Saya berharap agar laman web ini berjaya menjalankan fungsinya sebagai wadah mendapatkan maklumat dan perkhidmatan.

Sekian.

 

“BERSATU BERUSAHA BERBAKTI”
“AN HONOUR TO SERVE”

 

CHARLIE KELING
SETIAUSAHA
MAJLIS DAERAH BETONG