BETONG (17 Ogos 2026)
Majlis Daerah Betong (MDB) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang kepada Kr Nicholas Duda Anak Garai atas pelantikan sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Betong bagi tempoh 1 Julai 2026 hingga 31 Mac 2028.
Pelantikan ini diharapkan dapat memperkukuh lagi barisan kepimpinan serta tadbir urus Majlis Daerah Betong dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah demi kepentingan masyarakat dan pembangunan daerah Betong.
Semoga dengan pengalaman, komitmen dan dedikasi yang diberikan, beliau dapat bersama-sama Ahli-Ahli Majlis serta warga kerja Majlis Daerah Betong dalam mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Sekali lagi, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kr Nicholas Duda Anak Garai atas pelantikan tersebut.
Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab.