Anugerah Penghargaan Kutipan Tunggakan Cukai Taksiran Tahun 2025

Posted on 21 Jul 2026
Source of News: Majlis Daerah Betong

MAJLIS DAERAH BETONG MENERIMA ANUGERAH PENGHARGAAN KUTIPAN TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN TAHUN 2025

Kuching 2026 – Majlis Daerah Betong telah menerima Anugerah Penghargaan Kutipan Tunggakan Cukai Taksiran bagi Tahun 2025 sebagai pengiktirafan terhadap prestasi cemerlang dan komitmen berterusan dalam meningkatkan hasil kutipan cukai taksiran.Aungerah ini telah di umumkan semasa Hari Persidangan Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak 2026 yang diadakan di VOCO Kuching pada 16-17 Julai 2026.

Pencapaian ini mencerminkan usaha bersepadu serta komitmen warga kerja Majlis Daerah Betong dalam melaksanakan pemantauan, pengurusan dan kutipan tunggakan cukai taksiran secara berkesan dan sistematik.

Anugerah ini turut menjadi pemangkin kepada Majlis Daerah Betong untuk terus memperkukuh strategi kutipan hasil, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memastikan pengurusan kewangan dan hasil Majlis dilaksanakan secara cekap, telus dan berintegriti.

Majlis Daerah Betong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga kerja terutamanya kepada Bahagian Penilaian dan Percukaian yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan usaha meningkatkan prestasi kutipan cukai taksiran.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja Majlis Daerah Betong atas pencapaian ini!