PERHIMPUNAN BERSAMA KAKITANGAN MAJLIS DAERAH BETONG SIRI 1 2026

Disiarkan pada 19 Feb 2026
Sumber Berita: MD Betong
PERHIMPUNAN BERSAMA KAKITANGAN MAJLIS DAERAH BETONG SIRI 1 2026


Perhimpunan Kakitngan MDB 2026



 

BETONG : Encil Lister Clemenet Guwie, Setiausaha Majlis telah mengetuai Perhimpunan Kakitangan Majlis Daerah Betong pada 4 Februari 2026 ynag berlangsung di Bilik Mesyuarat Heliconia, MD Betong.

Dalam perhimpunan tersebut, Tuan Setiausaha mengambil kesempatan untuk menyampaikan informasi terkini, dan pekeliling penting daripada pihak kementeriann kepada semua kakitangan.

Selain itu, aktiviti seperti ini dapat mengukuhkan silaturahim dan ukhuwah antara pihak pengurusan dan kakitangan pelbagai bahagian serta  memupuk perpaduan, suasana mesra, dan harmoni di tempat kerja.

Dalam perhimpunan ini juga, Tuan Setiausaha menyeru agar semua kakitangan berkerjasama serta bersatu hati dalam segala aspek terutamanya dalam menjalankan tugas agar dapat bersama-sama dalam menjadikan Majlis Daerah betong sebagai satu Majlis yang dapat menjadi contoh kepada PBT yang lain di Sarawak.