Futsal Lelaki MADABE dinobat sebagai Juara Futsal Lelaki MKS Zon Selatan 2025
Disiarkan pada 11 Aug 2025
Sumber Berita: -
SERIAN: Penantian selama dua tahun berakhir apabila pasukan Futsal Lelaki MADABE menang 3-1 mengalahkan juara Futsal Lelaki MKS Zon Selatan bagi tahun 2024, pasukan Futsal Lelaki SGS (Simunjan-Gedong-Sebuyau) dalam perlawanan Akhir yang sangat tegang dan sengit. Namun kesungguhan pasukan Futsal Lelaki MADABE sangat komited dan mempunyai azam yang tinggi telah membawa mereka menuju kejayaan.
