Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
slide_5c0e665827d21.JPGslide_5bffdb75a9b9e.jpgslide_5bfd0eb655c32.jpgslide_5a695922be3ad.jpgslide_58b7de16581ed.jpg

Kemaskini Pada: 11 Dis 2018
Versi 8.1.2
Pembaharuan LesenPembaharuan Lesen

Prosedur ini bertujuan untuk memastikan proses pembaharuan lesen perniagaan dilaksanakan dengan betul dan sistematik.

Prosedur ini digunapakai di Pihak Berkuasa Tempatan semasa memproses pembaharuan lesen perniagaan.

DEFINISI

Lesen – meliputi lesen yang dikeluarkan di bawah (Storage of Petroleum) By-laws, 1962, (Hawking) (Amendment) By-laws, 1994, (Licensing of Miscellaneous Occupations) (Amendment) By-laws, 1994, The Protection of Public Health (Barbers’ and Hairdressers’ Shop) Regulations, 2003, dan The Protection of Public Health (Licensing of Hotels and Lodging Houses) Regulation, 2003, Market By-Laws (Amendment 1993), Entertainment Ordinance 2000 dan Entertainment By- Laws 2001.

PROSES PEMBAHARUAN LESEN

1) Pembaharuan lesen perniagaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut.


a) Permohonan pembaharuan dikemukakan dalam tempoh 42 hari dan sekiranya permohonan pembaharuan dikemukakan selepas tempoh 42 hari, pelesen akan dikenakan surcaj terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk memperbaharui lesen.