Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan - 28 Apr 2023
Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis MD Betong 2023 - 27 Apr 2023
BETONG, 6 April: Seramai 32 Ahli Majlis termasuk 10 muka baharu mengangkat sumpah sebagai Ahli-ahli Majlis Daerah Betong (MDB) bagi tempoh bermula 1 April 2023 sehingga 1 Mac 2025.
 
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggas Embas dalam majlis itu mengingatkan Ahli Majlis MDB bahawa mereka memainkan peranan penting bukan sahaja untuk Betong tetapi juga memikul tanggujawab menjayakan Sarawak Post Covid-19 Development Strategy 2030 (PCDS 2030) supaya Betong dapat lebih maju dan rakyatnya berpendapatan tinggi.
 
Majlis kemudian turut menyaksikan penyerahan sijil kepada mantan Ahli-ahli Majlis MDB.
 
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu, Ahli Parlimen P204 Betong, Dr Richard Rapu, Residen Betong En.Richard Michael Abunawas dan Setiausaha MDB En. Charlie Keling.
Lawatan Jason Desmond Anthony Brooke - 27 Apr 2023
Jason Desmond Anthony Brooke iaitu cicit kepada James Brooke, Rajah Sarawak telah mengadakan lawatan ke Kubu Lily, Betong pada 28 Mac 2015. Kubu Lily telah dibina pada tahun 1885 sebagai pertahanan daripada serangan musuh. Lawatan Jason ke Kubu Lily telah diiringi oleh Residen Bahagian Betong, Datu Romie Sigan, Pegawai Daerah Betong, Encik Friday Belik serta kakitangan Majlis Daerah Betong.
Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 - 27 Apr 2023
Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 telah diadakan di Imperial Hotel, Miri pada 27 April 2014.
Perjumpaan Dengan Setiausaha MDB Yang Baru - 27 Apr 2023
Satu perjumpaan bersama Setiausaha Majlis Daerah Betong yang baru telah diadakan pada 14 April 2015 jam 11:30 pagi bertempat di bilik mesyuarat Heliconia. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Betong, Encik Friday ak Belik. Encik Bujang ak Ladi telah ditempatkan di Majlis Daerah Betong sebagai Setiausaha yang baru menggantikan Encik Anthony Luta ak Juing yang telah berpindah ke Majlis Daerah Dalat & Mukah.
Perbincangan untuk Mini Reggata, Perarakan Gawai & Hari Bersama Pelanggan 2015 - 27 Apr 2023
Perarakan Gawai 2015 - 27 Apr 2023
Perarakan Gawai 2015 telah diadakan pada 9 Mei 2015 bertempat di Padang Sukan Kompleks Sukan Betong. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr). Alfred Jabu ak Numpang, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sarawak. Majlis Daerah Betong telah menduduki tempat ke-3 untuk kategori A (Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun/Swasta).
Mini Regatta Sempena Karnival Gawai Dayak 2015 - 27 Apr 2023
Majlis Daerah Betong telah dipilih untuk menganjurkan Mini Regatta sempena Karnival Gawai Dayak 2015 yang berlangsung pada 8-9 Mei 2015 bertempat di Tasik Medan, Betong. Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu ak Numpang, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sarawak.
Briefing eLA2 - 27 Apr 2023
123456