Gotong-Royong Perdana Bersama Komuniti di Pekan Kecil Debak & Program Anti Denggi

Posted on 06 Aug 2015

Program ini telah diadakan pada 6 Ogos 2015 bertempat di Pekan Kecil Debak jam 8:00 pagi. YB Encik Mohammad Razi bin Sitam, ADUN N.30 Saribas telah hadir untuk merasmikan program tersebut. Program ini adalah anjuran bersama Majlis Daerah Betong dengan kerjasama Pejabat Daerah Betong, Pejabat Daerah Kecil Debak, Pejabat Kesihatan Bahagian Betong, Jabatan Pertahanan Awam Betong dan Balai Bomba dan Penyelamat Bahagian Betong. Pelbagai acara telah diadakan pada hari tersebut seperti pemeriksaan kesihatan secara percuma, senamrobik, derma darah, Ceramah Kesihatan dan gotong-royong.