Sejarah Majlis Daerah Betong
Majlis Daerah Betong merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang terawal ditubuhkan di Sarawak. Pada awalnya, ia dikenali sebagai Saribas Dayak Local Authority dan mula beroperasi pada 1 Januari 1948 dengan pejabat pertamanya menumpang di sebuah bangunan kerajaan di suatu tempat yang dikenali sebagai...
Struktur Organisasi
Struktur organisasi Majlis Daerah Betong adalah sejajar dengan tanggungjawab dan fungsi sesebuah majlis di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1996.
Majlis Daerah Betong mempunyai tujuh seksyen yang telah ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan dan melaksanakan pelbagai aktiviti buat masyarakat di kawasan seliaan.
Visi dan Strategi
Majlis Daerah Betong bekerjasama dengan komuniti untuk membimbing pertumbuhan dan pembangunan masa depan bandar Betong. Visi, misi beserta rancangan jangka masa panjang dan strategi lain sentiasa dikemaskini untuk kemajuan masa depan.
Press Release, 18 March 2024
Galeri Gambar KUCHING, 18 MAC: Kontraktor Bumiputera Kelas C hingga E diingatkan agar menggunakan program kerajaan untuk meningkatkan prestasi masing-masing. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata mereka boleh mendaftar diri menyertai program anjuran kerajaan di pejabat residen berdekatan. Menurutnya selepas mendaftar, Pejabat Residen akan mengemukakan permohonan mereka kepada jawatankuasa khas di Pejabat Kewangan Negeri. "Ia akan diakses jika anda layak menyertai sesuatu program. Jika anda layak, latihan yang relevan akan diberikan. "Dan jika mendapat atau diberi mana-mana kontrak, bantuan kewangan akan diberikan termasuk peralatan-peralatan lain diperlukan. Anda seharusnya melaksanakan sendiri kontrak yang diberikan," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan geran daripadanya dan Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu dengan jumlah keselurahan RM414,800 kepada sebuah masjid, sembilan surau dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Spaoh semalam. Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata program seumpama itu merupakan langkah diambil kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi melahirkan kontraktor Bumiputera yang sebenar. Beliau menambah, program itu diumumkan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) November tahun lalu.
Press Release, 18 March 2024
Galeri Gambar BETONG, 18 MAC: BETONG: Jangan pertikaikan keakraban dan ukhuwah setiap kaum di sini dalam membentuk perpaduan masyarakat yang saling membantu dalam merealisasikan apa juga program dan aktiviti bersama. Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu menyeru setiap kaum di negeri ini terus mengamalkan perpaduan kaum seperti yang wujud sejak sekian lama. "Tiada siapa dapat mempertikaikan keharmonian menjadi amalan masyarakat berbilang kaum di negeri ini terutama masyarakat kita di Betong ini yang mementingkan perpaduan. "Kita amat bertuah kerana ketiga-tiga kaum di sini sentiasa bersatu dalam apa juga penglibatan aktiviti dianjurkan lebih-lebih lagi pada musim perayaan. "Umpamanya penganjuran Bazar Ramadan Betong memberi impak positif kepada masyarakat setempat berniaga di mana pelanggan mereka bukan sahaja kalangan masyarakat Islam malah kaum-kaum lain turut mengambil kesempatan membeli juadah dijual tanpa khuatir," katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis ringkas penyampaian cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Fasa 1/2024 kepada Masjid, Surau dan JKKK Kampung Melayu di Dewan Al Husna Masjid Jamek Betong di sini semalam. Sebanyak enam kampung Melayu di sini menerima sumbangan dana untuk JKKK, masjid dan surau masing-masing termasuk Jawatankuasa Kebajikan Kampung Melayu Betong berjumlah keseluruhan RM140,000 menerusi dana MRP ADUN Layar itu. Rentap berkata, dengan adanya kerjasama dan semangat perpaduan kaum kerajaan dapat merencana pembangunan secara menyeluruh. "Jika tiada kerjasama daripada semua pihak, ia akan merencatkan kemajuan dan perancangan pembangunan dalam kawasan kampung kita di sini.
Press Release, 12 March 2024
Galeri Gambar BETONG, 6 Feb: Dakwaan segelintir pihak berhubung Kerajaan Sarawak merampas Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) bagi melaksanakan projek pembangunan adalah tidak benar, tegas Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Sebagai bukti menurut beliau seramai 59 orang pemilik tanah NCR di Betong telah menerima cek pampasan tanah mereka susulan tanah masing-masing terlibat dalam projek pembangunan di daerah itu hari ini “Hari ini adalah bukti nyata dan kita dapat lihat sendiri betapa semua dakwaan oleh sesetengah pihak yang selama ini mengatakan kita (kerajaan) mengambil tanah rakyat untuk aktiviti pembangunan di negeri tanpa membayar pampasan kepada mereka adalah tidak benar sama sekali. “Dakwaan itu adalah tidak lain hanya sekadar bertujuan untuk meracuni pemikiran rakyat atau pemilik tanah NCR di negeri ini agar mereka tidak menyukat tanah mereka kepada Seksyen 6,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah Bagi Projek Jalan Baharu daripada Rumah Panjang Maja ke Penurin dan Jalan Akses dari Jambu Krampak ke Rantau Layang di Dewan Layar Pejabat Daerah Betong pada Selasa. Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban itu berharap agar pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan spekulasi tersebut demi kebaikan bersama. “Walaubagaimanapun jauh disudut hati saya, masih lagi mengharapkan agar mereka ini nanti akan berubah fikiran untuk kebaikan bersama suatu hari nanti, “Ini kerana saya tidak mahu melihat akan ada yang ketinggalan arus pembangunan yang dirancang kerajaan hanya kerana mempunyai pemikiran yang terlalu sempit,” ujarnya. Terdahulu, majlis menyaksikan seramai 59 orang penerima dari kawasan Jambu dan Rantau Layang di Betong telah menerima cek pampasan tanah mereka yang keseluruhannya berjumlah RM3.17 juta. -TVS
Press Release, 12 March 2024
Galeri Gambar KUCHING, 12 MAC: KUCHING: Ketua kampung dan ketua kaum (KMKK) mempunyai kuasa penuh untuk melaporkan dengan segera sebarang salah laku oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan mereka, kata Datuk Abdullah Saidol. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) itu menggesa KMKK khususnya di kawasan luar bandar supaya peka sekiranya ADUN di kawasan masing-masing tidak menjalankan tanggungkawab diamanahkan. “Mereka (KMKK) boleh memaklumkan (kepada) Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak untuk menyiasat (sebarang) keputusan, tindakan atau tingkah laku ADUN,” kata Abdullah. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selesai melancarkan Jelajah Penerangan dan Penjelasan Isu-isu Semasa anjuran UKAS dan Pustaka Negeri Sarawak di sini hari ini. Abdullah juga menegaskan bahawa orang ramai mesti sedar akan hak mereka dalam melaporkan sebarang keraguan penjawat awam termasuk ADUN. “Bagaimanapun, jangan membuat aduan yang didorong emosi, berunsur fitnah dan seumpamanya. Ini boleh menjejaskan reputasi individu yang disasarkan. “Jika ingin membuat aduan, pastikan fakta (dikemukakan) adalah tepat dan bukannya hasil syakwasangka mahupun fitnah yang tidak berasas,” tegas Abdullah. Beliau menambah, kerajaan negeri memperkenalkan undang-undang ombudsman susulan 70 peratus daripada RM12 bilion diperuntukkan untuk pembangunan fizikal dan infrastruktur. “Pembangunan ini sudah semestinya akan melibatkan pelbagai agensi, badan pelaksana dan kontraktor. “Justeru, bagi mengelakkan salah laku dan memastikan peruntukan ini digunakan sepenuhnya untuk pembangunan, saya rasa amat adil dan bijak bagi kerajaan memperkenalkan undang-undang ombudsman untuk menjaga integriti, ketelusan dan akauntabiliti,” katanya. Beliau juga berhadap menerusi undang-undang tersebut, tiada lagi berlaku penyalahgunaan kuasa dan pengaruh. ”Baru-baru ini kita mendengar mengenai kes seorang pegawai kerajaan yang dituduh menyalahgunakan wang jabatan berjumlah RM10 hingga 15 juta sedangkan ia sepatutnya diagihkan kepada rakyat. Kita tidak mahu perkara ini berlaku. “Kita (juga) tidak menyalahkan orang ramai yang mempunyai persepsi negatif terhadap ahli politik kerana kita tahu ada wakil rakyat berperangai agak tidak baik. ”Malah, ada juga wakil rakyat jujur dan ikhlas menjalankan tugas dengan tekun tetapi menjadi mangsa akibat rakan sekerja yang tidak bertanggungjawab,” keluhnya. Tarikh penguatkuasaan bagi undang-undang ombudsman masih belum dapat dipastikan dengan unit itu masih dalam proses pemuktamadan. "Namun ini tidak mengecualikan sesiapa daripada memfailkan aduan. Masyarakat masih boleh membuat aduan dengan Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak, termasuk pegawai daripada SPRM yang ditugaskan di sana," kata Abdullah.
Press Release, 27 April 2023
Galeri Gambar BETONG, 6 April: Seramai 32 Ahli Majlis termasuk 10 muka baharu mengangkat sumpah sebagai Ahli-ahli Majlis Daerah Betong (MDB) bagi tempoh bermula 1 April 2023 sehingga 1 Mac 2025. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggas Embas dalam majlis itu mengingatkan Ahli Majlis MDB bahawa mereka memainkan peranan penting bukan sahaja untuk Betong tetapi juga memikul tanggujawab menjayakan Sarawak Post Covid-19 Development Strategy 2030 (PCDS 2030) supaya Betong dapat lebih maju dan rakyatnya berpendapatan tinggi. Majlis kemudian turut menyaksikan penyerahan sijil kepada mantan Ahli-ahli Majlis MDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu, Ahli Parlimen P204 Betong, Dr Richard Rapu, Residen Betong En.Richard Michael Abunawas dan Setiausaha MDB En. Charlie Keling. Berikut adalah senarai nama Ahli-Ahli Majlis Daerah Betong:- Pegawai Daerah Betong dan Merangkap Pengerusi Majlis Daerah Betong En. Alfred Geling Anak Ason Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Betong En. Horace Anak Entoi Ahli-Ahli Majlis Uching Anak Tarang Syirat Bin Uneh Ismail @ Drahman Bin Kadir Ahmad Bin Pandoi Abdul Kadir Mentarang Alipnor Bin Bujnag Suib Bin Pa'aie Romula Saging Anak Bachan Annely Bejie Anak Diggat Tabari @ Saluma Anak Megong Jantie Anak Miai Abang Suhordie Bin Abanv Zain Tuing Anak Gumba Robert Keppel Pengiran Bakir Anak Henry Ganja Gumbang Anak Goh Masing Anak Birai Abang Akral Bin Abang Laduni Rasli @ Rosli Bin Uji Bilong Abak Legom Abdul Rahim Bin Jaini Own Chen Chiung Law Khong Ling Sim Poh Heng Goh Yiaw Long Sebastian Rengian Tik Anak Lakin Spencer Langkan Mauh Anak Augustine Mathew Igoh Anak Lingkong
Press Release, 15 April 2021
SOURCE LINK KUCHING (April 15): It may sound ridiculous some 30 years ago for anyone to suggest building an airport in the middle of nowhere, like in the Betong Division, but with the potential the place has, it is now a necessity to bring its agricultural produce to a wider market, including overseas.
Press Release, 12 May 2021
Projek ngangkat ka pemanah pasar Betong ti benung dipejalai ka diatu dipelaba deka mai pemanah ngagai arus pemansang ba sitak nya. Pemayoh tubuh orang ke nguan sitak nya mega udah nambah, lalu beguna ka palan bedagang ti besai agi. Kena napi peminta bala pemeli barang. Sumber: Berita RTM YT Channel
Press Release, 22 March 2022
KUCHING (March 6): The new RM14 million Spaoh Sports Complex is expected to be ready by the end of this month, said Deputy Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas. SOURCE LINK
Press Release, 18 July 2020
BETONG: Usaha menjadikan daerah Betong sebagai majlis perbandaran dijangka dapat direalisasikan menjelang tahun 2030, sejajar pembangunan pesat daerah berkenaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Gerald Rentap Jabu berkata untuk ke arah itu, daerah Betong perlu bersedia menjelang tahun 2030 dengan Majlis Daerah Betong (MDB), menjadi Majlis Perbandaran Betong Beliau berkata setakat ini daerah Betong yang merangkumi daerah kecil Spaoh, daerah kecil Debak, daerah kecil Pusa dan daerah kecil Maludam, itu mempunyai seramai hampir 70,000 penduduk hanya berstatus Majlis Daerah. “Bagi mencapai status Majlis Perbandaran, daerah ini perlu mempunyai seramai 150,000 penduduk dan sasaran itu mampu dicapai menjelang tahun 2030. “Saya yakin, menjelang tahun 2030, daerah ini mampu bertukar status Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran dengan pertambahan penduduk berikutan banyaknya projek perumahan baharu, mempelawa kemasukan kampus universiti, produk pelancongan, perniagaan, perhotelan serta membawa masuk pelabur asing ke daerah ini, sekaligus menambah banyak peluang pekerjaan kepada penduduk,” katanya pada Mesyuarat Penuh Kedua Ahli-Ahli Majlis MDB dekat sini semalam. Menjelas lanjut, Rentap berkata pertambahan penduduk turut dapat meningkatkan hasil pendapatan Majlis Daerah itu, dan untuk mendapat status Majlis Perbandaran hasil yang diperlukan adalah sebanyak RM20 juta setahun. “Aspirasi kita untuk menjadikan Majlis Perbandaran Betong menjelang tahun 2030, akan menjadi kenyataan jika usaha menyeluruh dilakukan daripada semua pihak bermula daripada rakyat, wakil-wakil rakyat, agensi-agensi, termasuk badan- badan korporat yang memajukan daerah ini dari segi pertambahan dan pembangunan infrastruktur,” ujarnya. Rentap menambah, antara kelebihan apabila Betong dinaik taraf menjadi majlis perbandaran ialah pentadbirannya akan menjadi lebih cekap dan berkesan kerana keputusan boleh dibuat dengan pantas. Sumber: Utusan Sarawak
Press Release, 01 March 2018
Penjawat awam harus bersifat amanah, telus, bertanggungjawab BETONG: Sifat amanah, telus, bertanggungjawab dan berhemah tinggi dalam kalangan penjawat awam dituntut bagi mengelak terjerumus dalam gejala rasuah. Pegawai Daerah Betong Sofhi Jebal berkata, perkhidmatan berkualiti yang ditunjukkan penjawat awam dalam tugas harian memberi impak positif kepada seluruh agensi. “Integriti dan etika dalam pekerjaan, selain sikap toleransi yang tinggi memainkan peranan penting untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan. “Bukan sekadar melibatkan kepentingan individu untuk menyediakan keperluan diri, malah melibatkan tindakan baik dalam pekerjaan dan etika kerja yang wajib dipatuhi semua kakitangan awam,” katanya. Belia berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Majlis Daerah Betong di pejabat Majlis Daerah Betong (MDB) di sini, kelmarin. Sofhi yang juga pengerusi MDB menegaskan bahawa banyak kepentingan diri yang wajib dilaksanakan dengan tindakan jujur dan amanah bagi mengelakkan penyelewengan dalam urusan bersama pelanggan terutama masyarakat sekeliling. “Mempertahankan prinsip serta keyakinan diri dapat menjamin perkhidmatan berkualiti, sekali gus melahirkan individu yang bebas rasuah dan tegas dalam segala urusan,” tambahnya. Seramai 31 ahli MDB dan 59 kakitangan MDB menyertai lafaz Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai Sofhi. Turut diadakan majlis menandatangani surat perjanjian bebas rasuah di hadapan pegawai SPRM. Hadir sama Timbalan Pengerusi MDB Kaunselor Mohammad Rajuna Omar, Setiausaha MDB Charlie Keling, Penguasa Kanan SPRM Sibu Rasimah Asdari dan Penolong Kanan Penguasa SPRM Badli Shah Shamin serta ahli MDB. Sumber: Utusan Sarawak