Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
slide_58b59a7cb775c.jpgslide_58b7de16581ed.jpgslide_5464335cbd87f.jpg
 
 
 
Ukurperiksa Dan Penilaian Pegangan BerkadarUkurperiksa Dan Penilaian Pegangan Berkadar

Memastikan kerja-kerja ukurperiksa, penilaian dan pengeluaran bil cukai taksiran dibuat ke atas pegangan berkadar yang mempunyai “Occupation Permit” seperti dalam kategori Key Focus Activities (KFA), rumah panjang dan rumah kediaman yang dikenakan kadar tujuan am sahaja dilaksanakan dalam tempoh ditetapkan.

Digunapakai oleh PBT ke atas rumah kedai dan rumah kediaman yang mempunyai “Occupation Permit”, rumah panjang dan rumah kediaman yang dikenakan kadar tujuan am sahaja.

DEFINISI

a) Kerja Ukur Periksa Pegangan Berkadar – Kerja pemeriksaan yang dilakukan terhadap sesuatu pegangan untuk tujuan penilaian dan kadaran.

b) Agensi berkenaan – Pemaju / Jabatan Tanah Dan Survei / Pemilik Berdaftar / Firma Guaman.

c) Rumah Kedai – Pegangan komersil tidak melebihi 4 tingkat di mana kegunaannya seperti berikut;

i. Tingkat 1 (Ground Floor) – komersil
ii. Tingkat 2 (First Floor) – komersil/pejabat
iii. Tingkat 3 dan 4 (Second & Third Floor) – komersil / pejabat / kediaman.

d) Rumah Kediaman – pegangan kediaman untuk maksud tempat tinggal yang terdiri daripada jenis sesebuah, berkembar, teres dan bertingkat (flat, apartment, kondominium) dan rumah panjang.

e) "Occupation Permit" – Sijil yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang mengesahkan bahawa bangunan tersebut dibina mengikut pelan bangunan yang telah diluluskan dan layak untuk diduduki.