Program Pendidikan Lalulintas Shell Peringkat Bahagian Betong 2015 telah diadakan pada 14 Mei 2015 bertempat di Terminal Bas Lama, Betong jam 8:00 pagi. Majlis pelepasan (flag off) dan upacara penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Betong Encik Friday ak Belik merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Pengelola Program pendidikan Lalulintas Shell Peringkat Bahagian Betong 2015. SJK(C) Chung Hua Betong telah muncul sebagai Johan untuk Kategori Sekolah Rendah dan SMK Agama Saratok pula Johan untuk Kategori Sekolah Menengah. |