| Kursus Fire Drill 2016
Kursus untuk kakitangan Majlis Daerah Betong pada 22.02.2016 |
|
| Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis 2016
Telah diadakan di bilik Mesyuarat Heliconia pada 16.02.2016 |
|
| Mesyuarat Penuh Majlis 3/2015
Mesyuarat Penuh Majlis 3/2015 telah diadakan pada 30 September 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Heliconia, MDB. |
|
| Pameran Keusahawanan 2015
Majlis Daerah Betong telah mengadakan pameran dan Hari Bersama Pelanggan sempena Showcase Keusahawanan, Karnival Kepenggunaan di Bandar Baru Betong pada 13-20 September 2015. |
|
| Perasmian Showcase Keusahawanan, Karnival Kepenggunaan 2015
Perasmian Showcase Keusahawanan, Karnival Kepenggunaan 2015 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang pada 13 September 2015 bertempat di Bandar Baru Betong. Turut hadir pada malam tersebut ialah Datuk Mohd. Naroden Majais, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan). |
|
| Penutupan Showcase Keusahawanan, Karnival Kepenggunaan 2015.
Majlis penutupan Showcase Keusahawanan, Karnival Kepenggunaan 2015 telah disempurnakan oleh YB Razi@Ricky bin Sitam, ADUN N.30 Saribas pada 17 September 2015 bertempat di Bandar Baru Betong. |
|
| Mesyuarat Penuh Majlis 2/2015
Mesyuarat Penuh Majlis Sesi 2/2015 telah diadakan pada 25 Jun 2015 bertempat di bilik Mesyuarat Heliconia MDB jam 9:00 pagi. |
|
| Team Building
Aktiviti telah dianjurkan oleh MDB pada 18 Mei 2015 di bilik mesyuarat Heliconia. Pegawai dari Jabatan Kebajikan Bahagian Betong telah dijemput sebagai fasilitator untuk memberi panduan dan nasihat untuk kakitangan MDB memberi bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama di dalam organisasi. |
|
| Hari Bersama Pelanggan 2015
Hari Bersama Pelanggan 2015 telah diadakan pada 14 Mei 2015 bertempat di perkarangan Menara Jam Betong. Malis pelancaran telah disempurnakan oleh Encik Friday Belik, Pegawai Daerah Betong. Pelbagai acara telah diadakan seperti meneka berat buah dan bilangan gula-gula dalam botol serta pameran daripada setiap bahagian di Majlis Daerah Betong. |
|
| Program Pendidikan Lalulintas Shell 2015
Program Pendidikan Lalulintas Shell Peringkat Bahagian Betong 2015 telah diadakan pada 14 Mei 2015 bertempat di Terminal Bas Lama, Betong jam 8:00 pagi. Majlis pelepasan (flag off) dan upacara penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Betong Encik Friday ak Belik merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Pengelola Program pendidikan Lalulintas Shell Peringkat Bahagian Betong 2015. SJK(C) Chung Hua Betong telah muncul sebagai Johan untuk Kategori Sekolah Rendah dan SMK Agama Saratok pula Johan untuk Kategori Sekolah Menengah. |
|
| Mini Regatta Sempena Karnival Gawai Dayak 2015
Majlis Daerah Betong telah dipilih untuk menganjurkan Mini Regatta sempena Karnival Gawai Dayak 2015 yang berlangsung pada 8-9 Mei 2015 bertempat di Tasik Medan, Betong. Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu ak Numpang, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sarawak. |
|
| Perjumpaan Dengan Setiausaha Majlis Daerah Betong Yang Baru
Satu perjumpaan bersama Setiausaha Majlis yang baru telah diadakan pada 14 April 2015 jam 11:30 pagi bertempat di bilik mesyuarat Heliconia. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Betong, Encik Friday ak Belik. Encik Bujang ak Ladi telah ditempatkan di Majlis Daerah Betong sebagai Setiausaha yang baru menggantikan Encik Anthony Luta ak Juing yang telah berpindah ke Majlis Daerah Dalat & Mukah. |
|
| Program Pendidikan Lalulintas Shell Bahagian Betong
Program Pendidikan Lalulintas Shell Peringkat Bahagian Betong 2014 telah diadakan pada 30 September 2014 bertempat di Terminal Bas Lama, Betong jam 8:00 pagi. Majlis pelepasan (flag off) telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Betong Encik Friday ak Belik merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Pengelola Program pendidikan Lalulintas Shell Peringkat Bahagian Betong 2014. Untuk tahun ini sebanyak 10 buah Sekolah Rendah dan 7 buah Sekolah Menengah telah terlibat di dalam Program Pendidikan Lalulintas Shell Peringkat Bahagian Betong 2014. Upacara penutupan rasmi dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Residen Bahagian Betong YBhg. Datu Romie Sigan Daniel. |
|
| Hari Bersama Pelanggan
Hari Bersama Pelanggan telah diadakan di kawasan letak kereta Menara Jam Betong pada 30 September 2014. Pelbagai pameran daripada Bahagian Pentadbiran, Bahagian Perbendaharaan, Bahagian Penilaian, Bahagian Kesihatan Awam, Bahagian Kerja Raya, Unit Penguatkuasa dan Bahagian Perpustakaan telah diadakan untuk memberi pengetahuan dan pendekatan kepada orang awam tentang perkhidmatan yang diberi oleh pihak majlis. Pameran tersebut telah diadakan pada pukul 7:30 pagi hingga 2:00 petang. Selain daripada menyediakan bahan-bahan pameran, pihak majlis juga telah mengadakan pertandingan meneka berat buah tembikai dan meneka jumlah gula-gula di dalam balang. Timbalan Pengerusi MDB, Kr. Tuan Haji Rajuna b. Omar telah diberi penghormatan untuk merasmikan majlis tersebut. |
|
| Program Memperkasakan Belia Bahagian Betong 2014
Program Memperkasakan Belia Bahagian Betong telah diadakan pada 21 Ogos 2014 bertempat di Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri. YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu ak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak telah hadir untuk merasmikan program tersebut. Pelbagai program telah diadakan seperti pameran dan ceramah daripada UiTM, UNIMAS, SPA dan Petronas. Program ini adalah anjuran Pejabat Residen Bahagian Betong dengan kerjasama KPSU & Majlis Daerah Betong. |
|
| Perarakan Gawai 2014 Perarakan sempena Gawai Dayak 2014 telah diadakan pada 10.05.2014. MDB telah muncul Juara kategori Jabatan. |
|
| Ucapan Setiausaha MDB Sempena Majlis Penanaman Pokok (NBOS) 2013. |
|
| Ucapan YB Dato Douglas Uggah Sempena Majlis Penanaman Pokok (NBOS) 2013. |
|
| Perarakan Gawai 2013 Kontinjen MDB telah muncul juara kategori Jabatan. |
|
| Penggredan Penarafan Bintang PBT Sarawak 2014 Lawatan pegawai-pegawai dari KPKT sempena Penggredan Penarafan Bintang PBT Sarawak 2014 pada 10.04.2014 |
|