11.2 Tan Metrik Bahan Buangan Dikumpul |
Tarikh : 01 Sep 2022 Sumber Berita: Utusan Sarawak |
Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik Dengan Kerjasama Majlis Daerah Betong BETONG: Sebanyak 11.2 metrik tan barangan buangan elektrik dan elektronik berjaya dikumpul dan dikitar semula menerusi Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (BEE) 2022 di Betong.
Menurut jurucakap Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, ia telah menjadikan jumlah terkumpul sepanjang 2022 adalah berjumlah 149.9 tan metrik (MT) di Sarawak. |